Thursday, April 18, 2013

KECANTIKAN TRADISIONAL

Sebagai wanita, anda pasti suka pada kulit wajah yang cantik menawan. Malahan, ada yang sangat menitikberat kecantikan tubuh badan. Jadi, saya ingin berkongsi bersama anda, mengenai petua kecantikan kulit & wajah.
  1. Masalah jerawat – Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada golongan wanita. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu.
  2. Segarkan kulit muka – Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
  3. Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari.
  4. Kulit cerah dan licin – Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.
  5. Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
  6. Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan  biar sehingga kering. Bilas dengan air.
  7. Merawat kulit berkedut – Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.
  8. Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.
  9. Masalah Kulit berkedut – Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.
  10. Hilangkan parut demam campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

No comments:

Post a Comment