Tuesday, April 23, 2013

ADA MASALAH DENGAN SISTEM PENGHADAMAN??

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Peppermint ginger plus ini terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise. Peppermint ginger plus ini dapat membantu dalam:
  • melegakan senak perut
  • membantu penghadaman
  • mabuk laut/darat
  • melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • melegakan sakit period
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung
  • membuang angin dalam badan
  • menyamankan perut

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan? 

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? 

Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah beberapa kajian makanan yang menyebabkan angin dalam badan terbentuk:

~Kacang
~Sayuran seperti brokoli
~Kobis
~Taugeh
~Bawang
~Asparagus
~Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
~Bijirin seperti roti gandum
~Minuman ringan dan jus buah
~Susu dan produk daripada susu dan keju
~Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

 Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Pecahkan halia muda atau tua
2. Masukkan ke dalam gelas
3. Tuangkan air panas ke dalam gelas tersebut
4. Biarkan sebentar dan terus minum

atau

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Tapi sekarang tak perlu nak susah-susah hiris, rebus.. sebab confirm ramai tak tahan bau halia dan bawang putih tu.. kan? kan? silap-silap air rebusan  tu di buat siram pokok bunga. hehe

Kan zaman dah moden dan canggih.. segala-galanya hanya di hujung jari. Jadi, saya nak syorkan anda menjadikan Shaklee peppermint Ginger Plus sebagai suppliment untuk membuang angin yang tersekat di dalam tubuh badan anda. Berbentuk tablet.. senang bukan??


Perbezaan Shaklee
  • Kombinasi 4 herba dari barat dan timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
  • Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus Shaklee
 

1. Pudina 
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit.
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi
  • Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema
  • Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus
2. Halia
  • Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
  • Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk pencernaan makanan
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, seleps melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut
  • Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan dalam perjalanan / pengembaraan.
3. Pokok Adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, melegakan gejalan flur
  • Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran asas
4. Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

 
Cadangan: 

Larutkan 2 biji dalam HOT TEA dan bau peppermint tu memang harum semerbak..Sedap sungguh rasanya bila di minum..Jadilah Peppermint Ginger Tea  

No comments:

Post a Comment